ikutkan hati bukan cara ini yang aku suka tapi kerana terpaksa aku perlu luahkan rasa. rasa yang membuku yang tiada siapa tahu kerana penceritaannya tidak pernah berlaku.
perlukah aku berkecil hati bila rasa ketidakadilan membelenggu diri? aku anak yang terasa sangat dipinggirkan kini. punya ibu bapa tetapi mereka punya wasangka padaku. punya adik lelaki tetapi kerana dia semua ini terjadi. punya juga adik perempuan yang sangat beruntung wujud dirinya. aku seolah tiada lagi fungsi di dalam keluarga ini.
yang tinggal hanya aku dan si kecil itu menghadapi hari secara syok sendiri..huhuu..